LATAR BELAKANG SEKOLAH

Bandar Baru Wangsa Maju telah di buka pada tahun 1986. kawasan perumahan yang terdiri dari rumah pangsa lima tingkat ini telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan Bandaraya kuala Lumpur. Memandangkan telah terbentuknya sebuah bandar baru di kawasan ini maka sebuah sekolah didirikan bagi menampung persekolahan anak-anak di sini. maka Sekolah Wangsa Maju telah didirikan.


Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju telah di buka pada tahun 1987. Ianya terletak di Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang jauhnya lebih kurang 7 kilometer dari pusat bandar. Persekitaran sekolah ini adalah terdiri daripada kawasan perumahan, pejabat-pejabat dan pusat membeli belah yang besar iaitu Alpha Angle Jusco. Di persekitaran ini juga terdapat dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.

Pada mula penubuhan sekolah ini hanya terdiri daripada dua blok bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B. Apabila matapelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan, satu blok tambahan telah didirikan iaitu Blok C. Blok ini mengandungi tiga bilik darjah dan digunakan untuk Kemahiran Hidup, Makmal Sains dan Bilik Seni. Oleh kerana lokasi yang terletak dalam kawasan perumahan bilangan murid di sekolah ini telah meningkat kepada 2050 orang murid pada tahun 1995.
Tenaga pengajar yang pada mulanya pembukaan sekolah ini diasaskan kepada seorang Guru Besar, seorang Penolong Kanan dan sembilah orang Guru Penolong telah menjangkau 76 orang guru pada tahun 1995. Pada tahun 2006, bilangan murid semakin berkurangan kepada 1030 orang murid disebabkan oleh kemunculan sekolah-sekolah baru di sekitar kawasan ini.

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR