Saturday, October 30, 2010

SaMBuTAn HaRi KaNaK-KaNaK PeRingKat SeKoLAH 2010












Pada 28hb Oktober 2010 yang lalu telah berlangsungnya Hari Kanak-Kanak peringkat SKWM1. Pelbagai persembahan daripada murid-murid setiap aliran telah diadakan. Pelbagai hadiah telah disampaikan antaranya Anugerah Tokoh Murid bagi tahun 2010. Adik Fatin Nabila telah dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini. Majlis yang berlangsung bermula jam 8.00 pg telah berakhir jam 10.00 pagi. Selepas itu semua murid telah mengadakan jamuan bagi kelas masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

Friday, October 29, 2010

PerKhEMahaN UniT UniFoRm SKWM1 2010








Sebagai aktiviti wajib dalam takwim tahunan sekolah, maka pada tahun ini telah dijalankan seperti biasa Program Perkhemahan Unit Uniform peringkat sekolah. Perkhemahan ini diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan selama 2 hari bermula pada 22hb Oktober sehingga 23hb Oktober ini melibatkan seramai 100 orang murid dari pelbagai unit uniform. Program dimulakan seawal jam 3.00 petang pendaftaran peserta.






Taklimat daripada Urusetia berkenaan peraturan semasa menjalankan perkhemahan ini. Kem Komandan pada kali ini dipertanggungjawabkan kepada Cikgu Radiman dan Cikgu Nasrun.



Monday, October 25, 2010

ProSes Kupon SempeNa Hari KanTin 2010


Pada malam 24hb Oktober yang lalu telah diadakan Mesyuarat Khas PIBG bagi membincangkan persiapan Hari Kantin yang akan diadakan pada 30hb Oktober. Aktiviti memproses kupon-kupon juga telah dibuat pada malam tersebut. Sebanyak 7,500 kupon telah dicetak seterusnya dikepilkan menjadi buku pada malam tersebut. Selebihnya dilakukan pada keesokan harinya.
Terima kasih diucapkan kepada JK PIBG ibubapa dan juga guru yang telah bersama-sama membantu memproses kupon-kupon tersebut.






BBQ@MalaM PeRKhemaHaN 2010










Pada malam hari pertama Perkhemahan Unit Uniform Peringkat Sekolah, para guru dan ajk PIBg telah menganjurkan BBQ di perkarangan garaj kereta sekolah. Beraneka juadah telah dibawa oleh para guru manakala pelbagai ikan, ayam, daging, sotong telah dipanggang bakar.
Terima kasih di ucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti tersebut.

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR