Wednesday, June 23, 2010

BPG: Kursus LDP 2010 Secara School Based

Pengenalan

1.Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
2.Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
3.In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
4.Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.
Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A) Pengetahuan Profesionalisme (60%)

•Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
•Kandungan dan kaedah pedagogi
•Pengurusan kurikulum
•Kreativiti dan Inovasi pedagogi
B) Kemahiran Profesionalisme (20%)

•Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik
C) Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

•Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills
Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i) Sinopsi buku
ii) Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru
Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1. Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2. Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3. Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4. Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5. Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6. Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7. Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8. Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9. Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya

Thursday, June 10, 2010

Apakah itu Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara?

Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara
Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR